Tuhan , Tolong Jangan Matikan Aku :')
Friday, 21 December 2012 | 23:34 | 0 Moments
22/12/2012
Assalammualaikum
Annyeonghaseyo . Holla korang ! Korang , korang suka pantai tak ? Aku suka sangat pantai dan paling suka tgk ombak . Bila tgk ombak , aku rasa macam dia bawak pergi segala bebanan perasaan aku . Smlm lepas pergi kenduri , papa bawak aku pergi pantai . Tuhan , aku tenang tgk ombak yang memukul pantai itu . Aku rasa lapang dada sebaik terpandang pantai . Rasa macam segala kesakitan aku pergi , Tuhan :') Papa & mama jalan - jalan dekat gigi pantai . Aku pulak tgk aje ombak tu memukul pantai . Tuhan , semalam semasa melihat kebesaranMu itu , mulut aku tak berhenti berdoa .
"Ya Allah , tolong jangan matikan aku lagi . aku nak terus hidup . Aku nak bersujud padaMu dahulu . aku nak balas jasa kedua ibu bapa aku dulu . aku nak tgk kejayaan adq b'adq aku . Dan , aku nak tgk wajah pelindung yang akan Engkau hadirkan untuk aku . Tuhan , tolong jangan matikan aku dulu . Masih banyak impian yang belum tertunai . Masih banyak yang aku nak capai dalam dunia nie . Ya Allah , bawa pergilah segala kesakitan nie . Sembuhkanlah aku"
Setitis airmata jatuh bersama doa itu , Ya Allah . Aku mohon padaMu , jangan matikan aku sebelum semua itu tertunai . Aku mohon padaMu , beri aku satu peluang :'(
Sayonara