Capital F :')
Monday, 3 December 2012 | 03:39 | 0 Moments
03/12/2012
Annyeongheseyo ~ masa cepat berlalu . pejam celik , pejam celik , kita sudah pun berada di akhir tahun 2012 iaitu disember . Alhamdulillah untuk itu :) berbicara soal tahun 2012 , hurm banyak benda yang terjadi dlm hdup ini . ade suka , ade duka & ade tawa , ade tangisan :') hujung tahun 2011 aku mengenali s'seorang dan mula b'hubungan baik dgn dia . Alhamdulillah , hubungan itu sangat membahagiakan aku . Dia , aku kenali pada 20/09/2011 dan mula berteman pada 23/09/2011 . tarikh 26/09/2011 menjadi detik bahagia dlm kehidpan ini apabila dua hati kini menjadi satu . Hari demi hari , hdup rasanya semakin lengkap dengan adanya dia . aku sangka panas hingga ke petang rupa - rupanya hujan di tengah/hari . Hubungan yang cuba aku pertahankan akhirnya hancur dibulan yang ketujuh . 12/05/2012 menjadi saksi berakhirnya kisah cinta hdup ini .
Aku yang salah kerana membenarkan hati ini jatuh cinta pada insan lain saat aku sudah ade dia , Bodoh ! sangat bodoh ! Insan yang aku cintai kini juga sudah pergi tinggalkan aku sepertimana aku meninggalkan dia . Pembalasan Tuhan untuk aku dan aku redha :) hari demi hari , aku semakin melihat perubahan dirinya sebaik perpisahan terjadi . Dia seakan tak mampu berjalan lagi . Berkali - kali aku cuba hulurkan salam persahabatan dengannya . tapi , dia seperti tak mampu menerima perpisahan ini dan masih melayan aku sebagai seorang teman istimewa . Akhirnya , hubungan yang dulu baik kini menjadi retak ! Jika dulu sayang , kni benci sebenci bencinya ! Hari ini aku muak dengan caranya . Jika boleh aku tak mahu melihat wajahnya ! Sudah cukup sudah penghinaan yang aku dapat kerana dia . Sungguh , menyesal aku mengenali dia !
Aku cuba lupakan segala kenangan tercipta . aku cuba buang rasa benci namun tak berjaya ! Setiap kali kaki melangkah ke kamar kecil , mata terpandang akan teddy bear pemberiaannya pada ulang tahun kelahiran ke 17 aku . Aku sudah mahu kembalikan semua barang pemberiaanya kepadanya kembali tapi dia meminta aku menyimpan atau membuang semua hadiah - hadiah itu . Oh , mana mungkin aku buang teddy bear comel itu . Akhirnya , ianya hanya aku jadikan sebagai satu tugu di dalam kamar kecil itu .
Dear Capital F , salah aku kerana jatuh cinta pada dia saat aku masih bersama kau namun perpisahan jalan terbaik dari aku terus menipu perasaan kau dan aku . Kini sudah 6 bulan perpisahan terjadi antara kita . dan sudah berbulan - bulan juga dia tinggalkan aku . haha ! aku terima semua ini sebagai satu dugaan ! atas segala penghinaan yang aku dapat , aku ucapkan terima kasih banyak - banyak . Ini adalah coretan terakhir aku terhadap kau . aku sudah mampu menjalani hari meski tanpa dia dan kau ! Dengarlah wahai lelaki , aku masih mampu berdiri meski tanpa kalian disisi . aku masih mampu melangkah meski tanpa cinta dari insan bernama kekasih . aku tak perlu lelaki lain dlm hdup aku kecuali papa , along & iman !
Aku sudah tak ingin mengenali lelaki lagi . aku sudah bosan disakiti terus !
Sayonara